7 Jun 2017

AKU YANG TERSAKITI

"PUJUKLAH DIRI APABILA MENYADARI ALLAH MENGHANTAR SESEORANG UNTUK MENGECEWAKAN KITA"

7 Jun 2017 : 5.00 a.m : 12 Ramadhan

Usai aku bangun untuk bersahur, aku lihat status di Fb dia, punya gambar perempuan lain bersama caption "awaklah yang terakhir buat saya"

Hati ini tiba-tiba pedih, terus hilang rasa mengantukku itu. Berkali-kali aku refresh skrin telefon, dan ternyata ianya benar. Astaghfirullah. Sakit sungguh hati ini hanya Allah yang tahu. Rasa disiat-siat hati ini.

6 Jun 2017: 11 Ramadhan

Ada seorang perempuan menyapaku melalui mesej Fb, "Boleh saya tahu apa hubungan awak dengan S***** ?," Aku balas, "Siapa awak, ada apa tanya?" bertalu-talu dia bertanya, "Dah berapa lama berkawan dengan dia?, macam mana boleh kenal?, sebelum kawan dengan dia pernah tak tanya apa status dia,? Aku terkaku dengan soalannya. Aku minta S***** hubungi aku. Bermacam soalan aku tanya padanya dan dia menjelaskan perempuan itu bekas kekasihnya. Aku bertanya, kalian punya hubungan lagi sekarang? Dia menyatakan kata sumpah yang dia hanya sayangkan aku seorang dan sudah lama melupakan perempuan itu yang pernah curang dengannya suatu masa dahulu.

Sepanjang hari, kami berbincang mengenai perkara itu, dan aku mengambil keputusan untuk mempercayainya. Lewat malam aku tidur memikirkan perkara itu.


Malangnya, langit tidak lagi cerah setelah aku sedar dari tidurku keesokan harinya. Luluh hati aku membaca statusnya itu. Dalam masa satu malam kau berubah. Berkali-kali aku menghantar soalan dan menelefonnya, tidak di jawab dan diangkat.

Masuk dua mesej darinya,
"Saya tak boleh lupakan dia,"
"Saya minta maaf"

Terduduk aku mambacanya. Hilang selera aku untuk bersahur pada pagi itu.

Sekelip mata kau berubah, setelah bulan bintang kau janjikan, setelah pahit manis kita lalui, setelah kita sama-sama merancang untuk bersama tahun hadapan, semuanya musnah, lenyap begitu sahaja. Satu malam sahaja kau hancurkan segalanya. Kau memilih dia yang pernah menyakiti kau suatu masa dahulu, kau tinggalkan aku yang bersama kau susah senang selama ini.

 " JALAN YANG PERNAH MENYAKITIMU LEBIH KAU PILIH DAN SEMOGA JALAN ITU TERUS MENYAKITIMU DAN LEBIH MENYAKITIMU TANPA HENTI"
 

Bila hati ini terluka, seperti biasa mak lah jadi tempat mengadu dalam apa jua keadaanku, waktu senang mahupun susah. Aku mengambil telefon "Assalamualaikum mak, selamat bersahur, mohon doakan adik kuat dalam menghadapi semua dugaan kerana kali ini hati ini benar-benar sakit dan terluka, adik tak kuat mak". "Tarik nafas panjang, Allah beri kita ujian sebab dia tahu kita kuat, mak harap adik boleh kongsi masalah dengan mak agar mak mendoakan agar Allah sentiasa bersama adik dalam menghadapi liku-liku ini," emak membalas.
Kerana mak tahu hubungan kami, aku menceritakan  lalu bermacam soalan ditanya dan nasihatnya diberi kepadaku tanpa henti.  Aku pesan kepada mak lagi, "Doa seorang ibu itu termakbul dan aku minta mak mendoakan agar aku terus kuat dan tabah dalam menjalani hari-hari mendatang, sungguh, aku tidak kuat waktu itu". Mak pesan lagi, "titiplah doamu kepada Maha Mendengar, dia bersamaMu dan sebenarnya Allah rindukan kita untuk dekat kepadaNya."

SubhanAllah, benar mak cakap. Mungkin selama ini aku lalai dan leka dengan kehadiran dia. Walaupun aku sentiasa solat & berdoa, aku mungkin tidak benar-benar khusyuk dan menjadi serendah-rendah hamba di hadapanNya.

Pesan aku buat para lelaki lain, perempuan ini sifatnya lemah. Jangan kau terus menyakitinya seperti kau melepaskan belon ke udara kerana kau tahu ada belon lain boleh kau beli sebagai ganti kerana kau belum tahu belon yang kau lepaskan itu mungkin telah terbang ke tempat yang lebih indah dan istimewa, ditemukan dengan orang lain yang mengambil belon itu kerana merasakan belon itu belon tercantik yang pernah dilihatnya,
sedangkan belon yang baru kau ganti itu akan bocor atau pecah dalam waktu yang singkat.

Buat perempuan seperti aku, semoga kalian ditemukan dengan jodoh yang baik, yang membimbing kalian ke syurga Allah. Buat yang sudah berkahwin, semoga ikatan yang kalian bina terus utuh dan bahagia.


Oh Tuhan, berikan aku kekuatan.
 لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Allah tidak memberikan beban pada seseorang melainkan sesuai kemampuannya.

Membaca ayat ini, aku tahu. Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Adil,
 "Sesungguhnya apabila kita Redha pada sesuatu yang mengecewakan, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka".

Maaf jika entri ini membuat kalian rasa meluat, sekadar berkongsi bagi mengurangkan rasa sedih ini.
Terima kasih sudi membaca. 
Ajar aku untuk "MOVE ON"
Assalamualaikum dan Salam 12 Ramadhan.

-Nukilan dari hati yang terluka, MN-


 

6 comments:

  1. Be strong..jangan selalu bersendirian..keluar bersosial..or try new hobby..banyakkan berdoa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks. in sha Allah will try my best 💪🏻

      Delete
  2. please move on...jangan bersedih kerana apa yg dialami hanyalah dugaan dan semoga terus tabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah , nana cuba move on. thanks 🙏🏻

      Delete
  3. Alolo kesiannya nana.. be strong dear, pasti ada hikmah disebalik APA yg berlku. Mungkin dia bukan pilihan Yang tepat, insya Allah, Allah akan gantikan dgn yg lebih baik. Elok juga dia tunjuk peramgai sekarang Dan bukan selepas kahwin. Adik mama 2 org tunang x menjadi. Tapi alhamdulillah sekarang memasing dh jumpa pilihan Yang lebih baik Dan dah beranak pun masing2. So mama naaihatkan bertabah Dan bersabarlah.. Allah maha mendengar. Doa byk2 semoga diberikan kekuatan ye. Take care dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks a lot mama, nana hargai advice mama. full of meaning. love you 😘

      Delete