18 Jun 2012

DIA SEGALANYA.....


TAJUK : DIA....
OLEH : Meet Nana

DIA bukan orang senang.....hidupnya susah.Tinggal di sebuah kampung.  Setiap hari, selepas pulang dari sekolah  perlu menjaga adik2nya yang masih kecil kerana dia anak sulung. Ayahnya hanya seorang pekerja kebun biasa. Duit yang dapat pun hanya cukup2 makan. Ibarat peribahasa "kais pagi makan pagi,kais petang makan petang" . Susah.......cukup susah....... Namun, DIA tak pernah kenal apa erti PUTUS ASA. perkataan putus asa tak pernah ada dalam kamus hidupnya. Apa yang dia tahu, kerja keras...........
DIA seorang yang TAK PERNAH MEMINTA. Duit sekolah dikumpul setiap hari. DIA cukup suka AIS KEPAL. Kalau dulu, murah.. beberapa sen sahaja. Duit sekolah yang DIA dapat,DIA akan simpan di bawah batu di satu tempat rahsia. Bila loceng berbunyi tanda sudah habis waktu persekolahan, DIA akan ke tempat tersebut dan ambil semula duit tadi untuk beli ais kepal. Alasannya hanya satu, bila di sekolah DIA akan tahan lapar kerana duit sekolah yang dia bawa tidak cukup untuk beli makanan di kantin sekolah. Jadi lebih baik DIA tidak membawa duit ke sekolah...........
DIA seorang yang SANGAT RAJIN. Walaupun tidak mempunyai pelajaran yang tinggi dan sebenarnya.................persekolahannya juga tidak habis sepenuhnya, namun DIA rajin mencari duit untuk membantu meringankan beban kedua orang tuanya..Banyak kerja sudah DIA cuba.... semuanya hanya satu sebab, duit itu perlu diguna untuk kesenangan keluarganya....... Anak sulung seperti  DIA memang banyak berkorban dan pastinya pengorbanan ini bukan untuk DIA sahaja....
DIA seorang yang SANGAT PANDAI. Walaupun bukan pandai dalam pelajaran, tapi kepandaian DIA merangkumi semua aspek. Dari "A" sampai "Z". HEBAT ! sangat hebat ! Asas tentang kereta, motor, basikal, membina rumah, bangsal kereta, bercucuk tanam, berkebun, berniaga dan banyak lagi. Cukup lengkap ! DIA juga tidak pernah lokek dalam berkongsi ilmu. Hatinya yang mulia cukup disenangi ramai orang... apa yang penting DIA sangat bijak !
DIA seorang yang SANGAT BERDEDIKASI, BERTANGGUNGJAWAB dan CEKAL! Dia kehilangan ayahnya pada 15 MEI 2003. Ketika itu dia sudah tahu tanggungjawab besar yang bakal dipikulnya nanti. Namun DIA tidak pernah mengeluh. Walaupun bekerja jauh dari keluarganya, DIA sentiasa pulang melawat ibunya di kampung dan menghulurkan wang belanja kepada ibunya. Wang yang diperolehi hasil kerjanya sebagai seorang ahli bomba,di kongsi rezeki itu bersama adik2nya yang lain.
DIA seorang yang SANGAT JIMAT . Duit hasil titik peluhnya disimpan sedikit demi sedikit untuk masa depannya. DIA juga membeli beberapa hektar tanah untuk kehidupan masa depannya. DIA sentiasa berpesan kepada orang disekelilingnya agar sentiasa berjimat cermat. Jangan membazir dan mendengar kata nafsu. Baginya duit itu perlu disimpan demi masa ketika susah dan memerlukan.  Bukan ketika sedang senang, beli macam2 hingga terlalu boros dan akhirnya......kosong..
Banyak lagi yang aku mahu cerita tentang DIA . Tetapi bagi aku cukuplah bebrapa cerita ini, menunjukkan DIA adalah segalanya. INSAN YANG CUKUP SEMPURNA yang pernah aku jumpa dala dalam hidup aku didunia ini. Aku tahu susah untuk aku mencari peganti seperti DIA, tetapi aku bersyukur mempunyai DIA dalam hidup aku.
Apa yang aku sentiasa doa,, " Ya Allah, Kau berilah KESIHATAN, KESENANGAN, KEBAHAGIAAN, KEGEMBIRAAN, KEKAYAAN, HIDUP YANG DIRAHMATI dan yang paling ppenting kau PANJANGKANLAH UMUR DIA agar aku dapat berbakti kepadanya sebelum aku meninggalkan dunia ini. "
Aku amat berterima kasih kepada DIA kerana memberi sepenuh kasih sayang, pendidikan, didikan yang sempurna dan ajar aku apa erti kehidupan yang sebenar. DIA sentiasa berpesan kat aku, "jangan tahu bercita2 sahaja, jadikan ianya satu kenyataan". aku akan pegang kata2 DIA sampai aku mati. Aku mahu dia tahu yang aku amat SAYANG DIA sepenuh hati aku walaupun aku............... pernah menyakiti hati  DIA.
Aku mahu DIA tahu, DIA ialah KETUA, KAPTEN dan HERO aku.
Aku mahu ucap kepada DIA "SELAMAT HARI BAPA"............. AYAH !!!


2 Jun 2012

HELLO SATURDAY :)

Keje part time kat Airport memamg banyak dugaan. Pagi2 lagi dah bau cookies kat Famous Amos ! Fuhhh sedap ahh :D

Famous Amos, Senai Airport, johor
Aku punya tak tahan, terus pergi sana,.. ingat nak beli cookies, tapi bila nampak je ice-cream, terliur pulak dah !

harga ice-cream !standard price je ni :)
Tenung satu per satu...........................................................................

magic cool

peppermint choc chip
premium double choc
cookie vanilla
cookie strawberry
vanilla mix berry
chocolate ripple

Fuhhhhhhh! semua sedap kan ! pikir lama-lama , akhirnya..........................

chocolate ripple juga yg aku terpikat !

aku tambah topping - cookies crumb!
Yummy ! time untuk makan ice-cream! haha jemput makan semua :)