19 Mar 2015

PANDUAN HIDUP

MANUSIA hari ini suka Berprasangka

Ada sangkaan baik..
Ada sangkaan buruk...

Orang beribadah disangka riak,
Orang relaks disangka malas,
Orang berbaju baru disangka menunjuk,
Orang berbaju buruk disangka Zuhud,
Orang makan banyak disangka pelahap,
Orang makan sedikit disangka diet,
Orang senyum disangka mengejek,
Orang masam disangka merajuk,
Orang bermuzakarah disangka mengumpat, 
Orang diam disangka menyendiri,
Orangmenawan disangka memakai susuk,
Orang tampak ceria disangka ada membela...


Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah s.w.t,
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah,
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
Mana tahu yang menawan itu bersih hati dan mindanya, 
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas dan cerdasnya..


Jauhi sikap suka perangai bersangka-sangka,
Kerana ia bakal memusnahkan ukhwah,
Seperti musnahnya kayu dimakan api,
Satu benda kita lihat, macam-macam kesimpulan yang kita buat,
Semuanya bergantung bagaimana kita mentafsirkannya..


Nukilan ini bukan dari aku, cuma aku tertarik untuk berkongsi,
Sebagai pedoman dan peringatan bersama,
Menjadi ikutan harian menempuh liku- likunya.

Satu dari aku, 
Walau kau susah macam mana tahapnya, 
Ingatlah,
DIA ada bersama kita semua. In Sya Allah :)

amalkan ini. Moga Allah memberkati

Salam ikhlas,
-Meet Nana-