30 Nov 2012

SHOPPING DAY !

 Okay hari ni nana ke Angsana. lama tak keluar membeli belah. Err, actually jalan2 je dgn Along, Angah,Ude dan  Nia.  Mari tengok apa nana beli hari ni jom . hehe :)

1. Habib's pearl earing. nice right ? :) thanks mom ^^
anting2 mutiara
2. Botanical Choice's Aloe Mask.
Olive and Aloe masker
sebenarnya salah beli. sebab nana nak yang boleh tanggalkan tu. tapi yang ni kene bilas dengan air. hmm same je dengan mask hari tu. baik takyah beli :(

Mustika Ratu masker and peeling
3. Watson's Mask Sheet.
Yang ni mask kosong, jadi korang perlu rendam mask ni dengan facial wash sendiri.



4. Garlic Bread. My Favourite Bread ! *yang macam dekat Pizza Hut tu.

sedap, boleh terus dimakan :)

5. M&M pencil case.

Ude yang bayarkan. comel kan :)

Okay lah. ni je untuk entry hari ni. Anyway sape2 tahu kat mana ada jual Mask yang boleh kopek/tanggalkan tu bagitahu ye. Sekian.
Trimass sebab sudi datang !

22 Nov 2012

A SUPER DAY

Lama tak update blog ! maaf !
Hari ni, pergi jalan2 dengan Syera, kawan lama :) lama tak keluar dengan die, and that day was awesome day. kongsi banyak cerita! Best !


Semalam buat aiskrim goreng ! menjadi. seronoknye rase ! Hari tu buat chicken chop pon menjadi, mane2 nak resepi boleh cari kat entry yang lepas atau klik http://meetnana.blogspot.com/2012/11/mn-chicken-chop.html

dlm tu ade aiskrim oreo :P
Anyway sekarang tengah hangat pasal ISRAHELL serang Gaza kan? Aku pon rasa sedih dengar perang2 ni. Kesian kanak-kanak dan wanita yang tak bersalah tu kan. Apa2 pun kita hanya mampu berdoa agar semua penderitaan ini berakhir secepat mungkin. Insyaallah :)


mari lah tadah tangan dan berdoa untuk Gaza :)
Okaylah, sampai sini je entry kali ni. Trimass for visits!




















12 Nov 2012

MN CHICKEN CHOP


Hari ni , nana nak kongsi resepi chicken chop. lagipun dah dengan kawan2 di twitter hari tu :)

Ayam : boleh guna yang dah siap, kalau takde, ambil isi ayam, boleh goreng atau bakar. nana bakar dalam ketuhar. tapi sebelum tu gaulkan dengan rempah(lada hitam,jintan halus, garam, madu,sos cili,serbuk cili dan ketumbar yang dah kisar)

Sos lada hitam : bawang besar,bawang putih, air, sos lada hitam, sos tiram dan sos tomato, tepung jagung.
-kisar bawang besar dan bawang putih, tumiskan sampai naik bau, masukkan air, sos lada hitam, dan sedikit sos tiram dan sos tomato sedikit, kacau sampai mendidih, dan bancuh tepung jagung dalam cawan sikit dan letak dalam kuah tadi. kacau rata sampai pekat. cuba rasa dan tambahkan apa2 yang kurang jika perlu.


#sekarang tuang sos lada hitam tu atas ayam tadi. siap ! simple kan. cuba lah :)
Ni lah hasihnya ....



sedap kan !
Tapi nana buat Kentang putar sekali, makan dengan chicken chop tadi. macam 1 set la katekan :)



chicken chop + kentang putar !
Okay lah, ni untuk entry kali ni. Selamat mencuba kawan2 :)

27 Sep 2012

MISSION COMPLETE !


hari ni nak bagitahu yang aku dah belajar buat biskut batik . what? weh simple je kan. haha kesian aku baru belajar. kebetulan sabtu kat rumah ada kenduri, jadi apa lagi. cuba la. ramai orang nana tanya dah, dari Bidah,Hawa,Ain dan tak lupa En.Google. Trimass semua :)



Saja nak kongsi:

Bahan-bahan:
1. Butter
2.Biskut Marie
3.Milo
4.Susu Pekat
5.Kacang (kalau nak)
Cara Membuat:
1.Cairkan Butter,
2.Masukkan Susu, kacau sampai sekata,
3.Masukkan Milo, kacau sampai sekata lagi,
4.Masukkan Biskut & kacang. Gaul rata-rata.
5.Masuk apa-apa bekas, tekan2 pakai senduk kasi mampat,
6.Masuk peti ais,
7.Lepas beberapa jam,potong.
8.Makan la! apa tunggu lagi. haha

Okay lah, sampai sini saja nana punya update kali ni.
Jumpa lagi. Trimass datang !

9 Sep 2012

GEGO 2012 *JOHO*

#0082 melapor diri.

Semalam ke Gego 2012, best and awesome !
Location : Bukit Timbalan, Johor.
Date : 8.9.2012
Time : 11a.m until midnight.
Ticket : RM5 for members, RM10 for others.
Mood : Happy + Go + Lucky :)




  

couple band

the pinholes band from sg
medinee band

setting stage
bittersweet band

enol

See in the next post ! Trimass for visits my blog !! Do follow :)
-Meet Nana-
https://twitter.com/meet_nana
http://www.facebook.com/MN.Snapshoot

24 Aug 2012

RAYA OHH YEAHH !!

Maaf lambat update pasal raya ! Kampung nana tiada tempat untuk celcom broadband menapak. hahaha 

So sekarang dah balik, boleh la update. tapi sebelum tu ::

ucapan dari saya :)
tak nak cakap banyak2, ni ada lah beberapa gambar nak kongsi, jom tengok :





Banyak lagi, tapi takpe lah. itu pun cukup kan. haha
So, macam mana raya korang? mesti lagi meriah kan ? apa2 pun, nikmatilah raya sepenuh hati kerana raya adalah hari kemenangan buat kita. Salam Aidilfitri.

Semua ini dibawakan khas kepada anda oleh :

HAHA. Trimas sudi datang blog nana ! Jumpa lagi . Salam :)

29 Jul 2012

AIR PILIHAN BULAN RAMADHAN


Alhamdulillah, hari ni dah hari ke-9 kita berpuasa. Esok cukup 10. Rasa macam raya semakin dekat kan? bestnya ! Kali ni aku nak update pasal topik :
AIR APA YANG JADI PILIHAN SEMASA BERBUKA PUASA ?
Mesti bila puasa, tengok air jual kat bazar macam2 kan. Then semua terliur. Semua nampak sedap kan.

google source: sedapnya air :))

meriah kan bazar Ramadhan.


Tapi aku minta pendapat kawan2 kat Facebook . Jom tengok apa respon diorang :)

macam2 la diorang ni


Macam2 gelagat diorang kan,  air sembahyang pon boleh kan.
Tapi dalam banyak tu, aku suka air tembikai dan soya je :)
Tak kisah la apa pun menjadi kegemaran, minum je selagi mampu. Tekak masing2 kan . haha


Sebelum aku tutup topik hari ni, aku nak ucapkan SALAM TAKZIAH buat sahabat baik aku, Nor Khalidah Bt Jalaluddin yang baru kehilangan bapanya semalam. Semoga dia terus kuat dan sabar dalam menghadapi ujian ini terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini. Al Fatihah buat Allahyarham Haji Jalaluddin. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

Okay, jumpa di next entry.
*Trimass for visiting :)

21 Jul 2012

HADIAH AWAL RAMADHAN

Semalam balik rumah,.nak sambut Ramadhan dengan family, tapi sebelum tu .....

1) Pergi makan KFC dulu :)
yummy2 :))

2) Jumpa Pekok ! die bagi aku coklat . err my favourite chocolate :)

ohh my Ferrero Rocher !
happy ! sedap ! hehe thanks awak :) i'm gonna miss you :)

3) Jumpa adik Haziq ! nak mintak sijil kokurikulum tapi dia pulak bagi aku beg ! and baju. nice . sukanyaaaa :))

my awesome bag <3
my superb superman shirt !
 wahh, awesome kan semua hadiah ni. thanks a lot to both of you dear ! i really appreciate it. apa2 pun nak ucap :



*kepada semua blogger dan reader : NANA nak ucap selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Semoga ramadha kali ini membawa seribu makna kepada kita semua.


18 Jun 2012

DIA SEGALANYA.....


TAJUK : DIA....
OLEH : Meet Nana

DIA bukan orang senang.....hidupnya susah.Tinggal di sebuah kampung.  Setiap hari, selepas pulang dari sekolah  perlu menjaga adik2nya yang masih kecil kerana dia anak sulung. Ayahnya hanya seorang pekerja kebun biasa. Duit yang dapat pun hanya cukup2 makan. Ibarat peribahasa "kais pagi makan pagi,kais petang makan petang" . Susah.......cukup susah....... Namun, DIA tak pernah kenal apa erti PUTUS ASA. perkataan putus asa tak pernah ada dalam kamus hidupnya. Apa yang dia tahu, kerja keras...........
DIA seorang yang TAK PERNAH MEMINTA. Duit sekolah dikumpul setiap hari. DIA cukup suka AIS KEPAL. Kalau dulu, murah.. beberapa sen sahaja. Duit sekolah yang DIA dapat,DIA akan simpan di bawah batu di satu tempat rahsia. Bila loceng berbunyi tanda sudah habis waktu persekolahan, DIA akan ke tempat tersebut dan ambil semula duit tadi untuk beli ais kepal. Alasannya hanya satu, bila di sekolah DIA akan tahan lapar kerana duit sekolah yang dia bawa tidak cukup untuk beli makanan di kantin sekolah. Jadi lebih baik DIA tidak membawa duit ke sekolah...........
DIA seorang yang SANGAT RAJIN. Walaupun tidak mempunyai pelajaran yang tinggi dan sebenarnya.................persekolahannya juga tidak habis sepenuhnya, namun DIA rajin mencari duit untuk membantu meringankan beban kedua orang tuanya..Banyak kerja sudah DIA cuba.... semuanya hanya satu sebab, duit itu perlu diguna untuk kesenangan keluarganya....... Anak sulung seperti  DIA memang banyak berkorban dan pastinya pengorbanan ini bukan untuk DIA sahaja....
DIA seorang yang SANGAT PANDAI. Walaupun bukan pandai dalam pelajaran, tapi kepandaian DIA merangkumi semua aspek. Dari "A" sampai "Z". HEBAT ! sangat hebat ! Asas tentang kereta, motor, basikal, membina rumah, bangsal kereta, bercucuk tanam, berkebun, berniaga dan banyak lagi. Cukup lengkap ! DIA juga tidak pernah lokek dalam berkongsi ilmu. Hatinya yang mulia cukup disenangi ramai orang... apa yang penting DIA sangat bijak !
DIA seorang yang SANGAT BERDEDIKASI, BERTANGGUNGJAWAB dan CEKAL! Dia kehilangan ayahnya pada 15 MEI 2003. Ketika itu dia sudah tahu tanggungjawab besar yang bakal dipikulnya nanti. Namun DIA tidak pernah mengeluh. Walaupun bekerja jauh dari keluarganya, DIA sentiasa pulang melawat ibunya di kampung dan menghulurkan wang belanja kepada ibunya. Wang yang diperolehi hasil kerjanya sebagai seorang ahli bomba,di kongsi rezeki itu bersama adik2nya yang lain.
DIA seorang yang SANGAT JIMAT . Duit hasil titik peluhnya disimpan sedikit demi sedikit untuk masa depannya. DIA juga membeli beberapa hektar tanah untuk kehidupan masa depannya. DIA sentiasa berpesan kepada orang disekelilingnya agar sentiasa berjimat cermat. Jangan membazir dan mendengar kata nafsu. Baginya duit itu perlu disimpan demi masa ketika susah dan memerlukan.  Bukan ketika sedang senang, beli macam2 hingga terlalu boros dan akhirnya......kosong..
Banyak lagi yang aku mahu cerita tentang DIA . Tetapi bagi aku cukuplah bebrapa cerita ini, menunjukkan DIA adalah segalanya. INSAN YANG CUKUP SEMPURNA yang pernah aku jumpa dala dalam hidup aku didunia ini. Aku tahu susah untuk aku mencari peganti seperti DIA, tetapi aku bersyukur mempunyai DIA dalam hidup aku.
Apa yang aku sentiasa doa,, " Ya Allah, Kau berilah KESIHATAN, KESENANGAN, KEBAHAGIAAN, KEGEMBIRAAN, KEKAYAAN, HIDUP YANG DIRAHMATI dan yang paling ppenting kau PANJANGKANLAH UMUR DIA agar aku dapat berbakti kepadanya sebelum aku meninggalkan dunia ini. "
Aku amat berterima kasih kepada DIA kerana memberi sepenuh kasih sayang, pendidikan, didikan yang sempurna dan ajar aku apa erti kehidupan yang sebenar. DIA sentiasa berpesan kat aku, "jangan tahu bercita2 sahaja, jadikan ianya satu kenyataan". aku akan pegang kata2 DIA sampai aku mati. Aku mahu dia tahu yang aku amat SAYANG DIA sepenuh hati aku walaupun aku............... pernah menyakiti hati  DIA.
Aku mahu DIA tahu, DIA ialah KETUA, KAPTEN dan HERO aku.
Aku mahu ucap kepada DIA "SELAMAT HARI BAPA"............. AYAH !!!


2 Jun 2012

HELLO SATURDAY :)

Keje part time kat Airport memamg banyak dugaan. Pagi2 lagi dah bau cookies kat Famous Amos ! Fuhhh sedap ahh :D

Famous Amos, Senai Airport, johor
Aku punya tak tahan, terus pergi sana,.. ingat nak beli cookies, tapi bila nampak je ice-cream, terliur pulak dah !

harga ice-cream !standard price je ni :)
Tenung satu per satu...........................................................................

magic cool

peppermint choc chip
premium double choc
cookie vanilla
cookie strawberry
vanilla mix berry
chocolate ripple

Fuhhhhhhh! semua sedap kan ! pikir lama-lama , akhirnya..........................

chocolate ripple juga yg aku terpikat !

aku tambah topping - cookies crumb!
Yummy ! time untuk makan ice-cream! haha jemput makan semua :)