29 Jan 2012

I'M READING :)

Actually aku bercuti ke Terengganu 24/12/2012 sampai 28/12/2012 hari tu. Stay kat rumah sewa akak aku kat Taman Cina, Dungun. Hari terakhir sebelum aku balik, dia ajak ke Mesra Mall kat area Kerteh. Jalan2 kat sana aku tak tahu nak beli apa, jadi aku beli buku, harganya RM29.90. Sebenarnya aku tak penah beli buku mahal2 ni sebab aku tak minat baca buku, tapi sebab tajuk buku ni "LAWAK KAMPUS", aku pun beli lah. Lagipun boleh aku baca dalam bas bila balik Johor nanti.

cover depan
karya Keith


Sebelum tu aku cerita sikit pasal buku ni,
  • Art & Story by Keith, Art Direction by Kenny Chua & Kiaong, Proof Edited by Nazim Masnawi, P-Joe, & Azian Zain, Cover Art by Eva, Lettering & Design by Seng.
  • Published by Gala Unggul Resources Sdn. Bhd.
  • Printed by Percetakan Tatt Sdn. Bhd.
  • Antara watak yang terdapat dalam buku ni ialah Vanness, Xena, Froggy, Si Kosong, Aditas, Sharkhead, Boss, Mickey dan Bepop. Watak paling aku suka ialah Vanness .
  • Buku ini merupakan kompilasi/gabungan mantap 5 komik Lawak Kampus dari jilid 1 sampai 5. Sebab itu buku ni tebal =.=''
tebal kan ?
maklumat pasal buku ni

buku mahal, kene sampul :)

antara watak dalam buku ni
Okay lah, ini sahaja nak share untuk entry kali ni. Hope you'll like it !
Semoga berjumpa lagi. bye :))

21 Jan 2012

HOBI BARU 2012 :)

Hello guys and babes, hari ni nak share dengan korang yang aku ade hobi baru. 'MEMANCING'. Mungkin agak pelik sebab aku perempuan, tapi sebenarnya bukan selalu pon aku pergi memancing, time balik kampung je sebab kt tempat aku takde sungai nk memancing. Ayah aku sebenarnye yang ajar dan buat aku suka memancing ni. hehe :))
Aku mancing udang je, tak mancing ikan kat sana.
So, lokasi yang aku pergi memancing ni kat Sungai Benut.


ni kalau search kat google map

ni jambatan sungai benut



ayah aku



Kalau hari sudah mula panas, pindah tempat lain. Aku pindah kat satu pondok ni. Tempat tu pon okay untuk mancing udang. Tempat tu pon lagi selesa sebab ade bumbung. Tak lah hitam sangat muka aku nanti. :)








Memancing memberi aku banyak pengalaman ; 
  • berkenalan dengan kaki pancing yang lain.
  • bertukar cerita dan pengalaman masing-masing.
  • pernah juga meredah lumpur untuk sampai ke jeti.
  • memancing dari jam 11 malam hingga 3 pagi.
  • suka bila dapat udang, sedih bila pulang dengan tangan kosong.
Apa yang penting, memancing menjadikan aku seorang yang sangat SABAR .

14 Jan 2012

STRAWBERRY in C.H

*hello guys ! hari ini nak update gambar hasil lensa aku pasal strawberry.
*gambar2 ni semua diambil dari Cameron Highland sebab sana memang famous pasal buah ni.
*macam biasa , gambar ni tak edit. hanya perlu fokus ketika ambil gambar. i'm use canon 1000D ONLY :)hope you'll like it.








 *okay sampai sini saja entry untuk kali ini.
*see you in next entry.
*thank you for visiting :)