24 Feb 2012

AWAK LAHIR HARI APA ?

Maaf lama tak update. Agak sibuk sekarang. Hari ini tak ada gambar yang aku nak kongsi. Canon DSLR aku demam sejak kebelakangan ini. hehe :)
Untuk entry kali ni, aku nak share pasal :


WATAK DAN KEPERIBADIAN MENGIKUT HARI KELAHIRAN

HARI ISNIN :
  • tidak kedekut, ikhlas hati dalam memberi, tidak boleh menyimpan wang (tak pandai menabung), senang membela kebenaran, mudah tersinggung dan tidak pandai bicara (tak terlalu banyak cakap)
HARI SELASA :
  • mudah terpengaruh, tidak mempunyai pendirian tetap, mudah naik darah (pemarah), tidak sabar dan selalu ingin menang sendiri.
HARI RABU :
  • pendiam namun kalau sudah berbicara tidak terduga (petah), tidak suka mencampuri urusan orang lain (tak busybody), baik hati, suka menolong dan murah rezeki.
HARI KHAMIS :
  • pendiriannya tidak tetap, suka dipuji, mudah emosi (touching), mudah termakan pujukan oleh rayuan halus dan seorang yang tidak sabar.
HARI JUMAAT :
  • disukai orang ramai, kuat dari segi mental, suka menolong, suka memberi nasihat yang baik dan suka menimba ilmu pengetahuan.
HARI SABTU :

  • giat bekerja (rajin), pandai mencari rezeki, ditakuti orang ramai, pandai menempatkan/ menyesuaikan diri dan boleh menyelesaikan apa yang menjadi tanggungjawabnya dengan baik.
HARI AHAD :
  • pandai bergaul, disukai orang ramai, berjiwa besar, suka merendahkan diri, pandai berbicara dan dapat mengatasi masalah yang dihadapinya dengan baik.

Haa, korang lahir hari apa? so boleh lah tengok ciri2 yang aku list ni dengan diri sendiri kan? haha :)
tak pun boleh tengok ciri2 pasangan masing2. Aku ambil semua ni dalam buku ni haa :


dalam buku ni kat bahagian belakang 
Conclusion yang aku boleh buat kat sini, yang lahir hari Selasa dengan Khamis banyak kekurangan. Hari lain tu bonus buat diri sendiri la kan :) 
Apa2 pun, yang baik dikekalkan, yang buruk cuba diperbaiki lagi. Betul kan?
Okay lah, sampai sini je entry kali ni, see you in next entry. Trimass :)


10 Feb 2012

HAPPY BIRTHDAY MAMA !

Anyway semalam, 9/2/2012 merupakan hari jadi ma aku. Oleh sebab aku ni suke memasak, jadi aku pun plan nk buat kek. Ingat nk beli je, tapi fikir2 balik kalau buat sendiri mungkin lebih SPECIAL.Aku pun search kat Google cara2 buat kek. Banyak sangat pilihan, jadi aku ambil satu yang aku rasa senang, salin atas kertas dan ke Econsave untuk beli bahan2 buat kek.
Tapi bila tiba je kat sana, terpandang kotak tepung kek yang dah siap. Baca kat belakang ada arahan nk buat, Wow! senang sangat. Aku pun beli lah. hehehe :D


Mari aku ajar cara2 nak buat eh :
  • Mula2 bukak la kotak tu. Panaskan ketuhar selama 30minit. Keluarkan tepung and masuk dalam Mixer Bowl.
  • Then, masukkan telur. 
3 biji telur (gred A)

  • Lepas tu, masukkan air ke dalam adunan tadi.
100g air
  •  Lepas agak2 da sebati, tambah minyak perlahan-lahan dan pukul hingga ringan dan kembang.
150g minyak
  • Sapukan sedikit minyak ke dalam bekas kek dan masukkan adunan tadi. Bakar selama lebih kurang 50 minit.
  • Cek menggunakan lidi untuk tahu dah masak ke belum, kalau ada tepung melekat lagi, maknanya belum masak, kalau lidi bersih, sudah masak la tu .
Bagi krim hiasan,yang ni kawan aku tolong carikan kat google, So, thanks eh Khairol Anuar.
Ok,  cairkan coklat masakan, 1/4 cawan susu cair dan sesudu besar mentega. gaul hingga sebati dan sapu atas kek. Sebagai hiasan boleh guna badam ( dibakar terlebih dahulu agar rangup) , chocolate rise dan lain-lain lagi.

Ni lah hasilnya. Sedap ! ma and family aku suka kek ni. dah habis dah pun. hehe.
I LOVE YOU MOM !!!


 Sekian untuk entry kali ini, sehingga berjumpa lagi. Trimass visitors ! :)

3 Feb 2012

PANTAI KEMASIK, TERENGGANU

Masuk ke pantai ni, ada tembok yang tertulis Pantai Kemasik, "Rest, Relax and Recreation". Jadi memang sesuai la kalau korang ke sini untuk berehat, bersantai dan rekreasi. Bagi aku tempat ni pun sesuai kalau korang nak hilangkan stress, cari ilham dan buat photoshoot. Memang terbaik tempat ni, tak rugi datang ! Let check it out guys !

 



















okay la. sampai sini ja entry kali ini. Kalau korang nak pergi, pantai ni area Kerteh, Terengganu. Thanks for visits ! See you'll again in next entry :) Trimass