24 Feb 2012

AWAK LAHIR HARI APA ?

Maaf lama tak update. Agak sibuk sekarang. Hari ini tak ada gambar yang aku nak kongsi. Canon DSLR aku demam sejak kebelakangan ini. hehe :)
Untuk entry kali ni, aku nak share pasal :


WATAK DAN KEPERIBADIAN MENGIKUT HARI KELAHIRAN

HARI ISNIN :
  • tidak kedekut, ikhlas hati dalam memberi, tidak boleh menyimpan wang (tak pandai menabung), senang membela kebenaran, mudah tersinggung dan tidak pandai bicara (tak terlalu banyak cakap)
HARI SELASA :
  • mudah terpengaruh, tidak mempunyai pendirian tetap, mudah naik darah (pemarah), tidak sabar dan selalu ingin menang sendiri.
HARI RABU :
  • pendiam namun kalau sudah berbicara tidak terduga (petah), tidak suka mencampuri urusan orang lain (tak busybody), baik hati, suka menolong dan murah rezeki.
HARI KHAMIS :
  • pendiriannya tidak tetap, suka dipuji, mudah emosi (touching), mudah termakan pujukan oleh rayuan halus dan seorang yang tidak sabar.
HARI JUMAAT :
  • disukai orang ramai, kuat dari segi mental, suka menolong, suka memberi nasihat yang baik dan suka menimba ilmu pengetahuan.
HARI SABTU :

  • giat bekerja (rajin), pandai mencari rezeki, ditakuti orang ramai, pandai menempatkan/ menyesuaikan diri dan boleh menyelesaikan apa yang menjadi tanggungjawabnya dengan baik.
HARI AHAD :
  • pandai bergaul, disukai orang ramai, berjiwa besar, suka merendahkan diri, pandai berbicara dan dapat mengatasi masalah yang dihadapinya dengan baik.

Haa, korang lahir hari apa? so boleh lah tengok ciri2 yang aku list ni dengan diri sendiri kan? haha :)
tak pun boleh tengok ciri2 pasangan masing2. Aku ambil semua ni dalam buku ni haa :


dalam buku ni kat bahagian belakang 
Conclusion yang aku boleh buat kat sini, yang lahir hari Selasa dengan Khamis banyak kekurangan. Hari lain tu bonus buat diri sendiri la kan :) 
Apa2 pun, yang baik dikekalkan, yang buruk cuba diperbaiki lagi. Betul kan?
Okay lah, sampai sini je entry kali ni, see you in next entry. Trimass :)


3 comments: