28 Feb 2018

KEJAMNYA AKU

Assalamualaikum.

Lama betul tak update blog ni. Hampir 7 bulan dah aku tinggalkan. Hari ini aku kembali. Just nak bagitahu, "KEJAMNYA AKU".
Sungguh.

Suatu hari aku terfikir, kejamnya aku kerana aku memberi dosa percuma kepada kedua orang tua ku. Tentang apa suruhan-Nya yang telah aku lalai, leka dan abaikan. Ibu bapaku menanggung tanpa aku sedikitpun tiada rasa bersalah.

KEJAMNYA AKU.

Sekarang hanya ada aku dan Tuhan yang Esa.

Aku minta Tuhan hapuskanlah segala dosa yang aku salurkan kepada ibu bapaku. Jauhkan mereka dari azab yang datangnya dari kekejaman aku. Sungguh, mereka tidak pernah gagal dalam tanggungjawab mereka mendidik aku. Ampunilah juga aku yang berdosa. Aku hanya seorang remaja yang alpa dengan dunia sementara, yang kadangkala gagal dalam segelintir hal yang perlu aku elakkan.

Tetapi kali ini aku nekad, aku mahu terus belajar menjadi insan yang lebih baik. Aku mohon Tuhan beri aku peluang supaya aku tidak lagi kejam terhadap orang tuaku.





Assalamualaikum.

9 comments: